TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Penubuhan MMMM tanda Umno gagal - TG Nik Aziz

Pandangan TG Nik Abd Aziz tepat. Umno memerintah lebih 50 tahun dengan laungan merekalah penjaga dan pembela Melayu. Kenapa selepas 5o tahun MMMM perlu digembar-gembur jikalau tidak Umno gagal. MMMM hanyalah mainan bagi Umno terus berselindung sebagai pembela Melayu sambil memancing sokongan tanpa perasaan malu walaupun sedikit. Umno sudah dimakan masa, di bawah Umno Melayu terpinggir, malah Islam tergadai.

Nik Aziz: Penubuhan MMMM tanda Umno gagal

KOTA BAHRU, 5 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) di Johor adalah satu tanda bahawa Umno gagal dalam mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam.

"Umno sudah gagal jaga Melayu, tidak boleh diharap...agama gagal, Melayu pun tak jadi, sehingga terpaksa mengadakan kongres," katanya selepas menutup Kempen Kesedaran Penyakit Kanser Untuk Kaum Wanita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penganjuran Kongres Permuafakatan Melayu yang berakhir di Johor Baharu semalam yang sebulat suara bersetuju menubuhkan sekretariat tetap dikenali Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) bagi memantau, mempertahankan dan melaksanakan semua tuntutan berkaitan kedaulatan Melayu.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, sekretariat itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat dengan penglibatan jawatankuasa terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu kedaulatan Melayu tidak harus digembargemburkan oleh Umno kerana ia akan menimbulkan rasa benci bangsa lain terhadap Melayu.

"Kalau Umno sebut Melayu sahaja, Cina siapa nak sebut, siapa nak jaga. Sebab itulah Kelantan sebut 'Membangun Bersama Islam', Melayu ke, Cina ke, kita bangunkan bersama melalui dasar Islam," katanya.

Beliau berkata, rakyat pelbagai kaum tidak sedikit pun akan merasa rugi sekiranya berada dalam dasar membangun bersama Islam kerana Islam itu sendiri mengajar manusia ke arah kebaikan.

Mengulas lanjut cadangan kongres berkenaan agar Umno dan PAS duduk berbincang dan bersatu, Nik Abdul Aziz berkata, PAS sudah lama mengadakan perbincangan malah pernah menyertai Barisan Nasional (BN) untuk tujuan itu.

"Nak bincang bersatu asasnya begini...nak minta PAS jaga Melayu, kami jaga lama dah. Sekarang giliran Umno pula.

"Bukan nak suruh masuk PAS tetapi baiki dasar, dari dasar kebangsaan yang menolak agama kepada dasar Islam," katanya. BERNAMA

Labels: , , ,

0 Responses to “Penubuhan MMMM tanda Umno gagal - TG Nik Aziz”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health