TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Miliki dadah: Adik Menteri Pengangkutan ngaku tak bersalah

BENTONG 5 Dis. - Adik kepada seorang menteri Kabinet mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua tuduhan memiliki dadah.

Chan Kwong Loy, 44, adik kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, didakwa bersama-sama Liang Tat Cheong, 40, memiliki satu paket plastik berisi serbuk berwarna putih disyaki ketamin seberat satu gram, di sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong, pada 1 tengah hari Isnin lepas.

Kwong Loy, pengurus operasi sebuah syarikat di Kuala Lumpur, dan Tat Cheong, seorang pendandan rambut, didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) Akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan itu, Tat Cheong turut mengaku tidak bersalah.

Bagi pertuduhan kedua, Kwong Loy, dari Gohtong Jaya, Genting Highlands, didakwa memiliki dua paket plastik berisi serbuk/ketulan kristal jernih disyaki syabu seberat kasar dua gram, yang dijumpai dalam sebuah beg di bilik rumah terbabit ketika pemeriksaan dilakukan oleh polis, pada hari yang sama.

Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi menetapkan jaminan RM2,000 setiap seorang bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 bagi tuduhan kedua. Kedua-dua tertuduh membayar wang ikat jamin tersebut.

Kes itu akan disebut semula pada 22 Februari tahun depan. UtusanOnline

Labels: ,

0 Responses to “Miliki dadah: Adik Menteri Pengangkutan ngaku tak bersalah”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health