TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Bukan etnik cleansing tetapi political cleansing - Mustafa

KUALA TERENGGANU, 4 Dis: PAS mendesak Kerajaan menghentikan 'political cleansing' di negara ini sebagaimana yang berlaku sekarang terhadap penyokong dan pemimpin politik yang tidak bersama dengan Barisan Nasional (BN).

"Apa yang berlaku sekarang bukan etnik cleansing sebagaimana yang didakwa oleh Hindraf tetapi adalah political cleansing terhadap pihak yang tidak menyokong parti kerajaan yang memerintah," kata Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Mustafa yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS mengulas dakwaan Hindraf (Hindu Action Force) yang mendakwa berlakunya etnik cleansing di negara ini sebagaimana yang berlaku dalam Peristiwa Kampung Medan tahun 2002 lalu.

Tuduhan Hindraf itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan mereka kepada kerajaan Britain.

"Tuduhan bahawa berlakunya etnik cleansing sebagaimana yang didakwa Hindraf adalah melampau kerana ia tidak berlaku," kata Mustafa mengulas dakwaan Hindraf itu. Siasah

Labels: , ,

0 Responses to “Bukan etnik cleansing tetapi political cleansing - Mustafa”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health