TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Himpunan Hindraf - Tembakan gas pemedih mata mula dilepaskan

Bila keadilan dalam pemerintahan dipinggir.. apabila Islam ditinggal!


Video klip dari al-Jazeera

Himpunan Hindraf:Tembakan gas pemedih mata mula dilepaskan

Oleh Azamin Amin
Harakahdaily


Kuala Lumpur, 25 Nov - Polis telah pun melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada para peserta yang ingin menyertai perhimpunan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di sekitar Jalan Ampang kira-kira 7.30 pagi tadi.

Polis dipercayai bertindak demikian bagi menyuraikan para peserta dan orang ramai yang telah pun berkumpul di beberapa lokasi dalam jumlah yang besar untuk bersama-sama berarak ke bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang pada 10 pagi ini.

Beberapa jalan berdekatan bangunan tersebut telah diadakan sekatan jalan raya dan Jalan Ampang telah ditutup kepada pengguna jalan raya semenjak 3 pagi tadi.

Dilaporkan juga, polis bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai dan kumpulan peserta yang berkumpul di sekitar Batu Caves dan juga KLCC.

Tinjauan Harakah juga mendapati beberapa buah bas yang membawa para pserta kaum India sedang berhenti di sekitar Jalan Tun Razak berdekatan dengan Perpustakaan Negera manakala turut kelihatan beberapa kumpulan kecil seramai kira-kira 10 orang daripada arah Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Tun Razak dilihat berjalan menuju ke arah Jalan Ampang, dipercayai untuk menyertai himpunan tersebut.

Mereka dipercayai terdiri daripada ribuan kaum India dari seluruh pelusuk negara yang tiba di ibukota sejak semalam lagi bagi menyertai himpunan tersebut yang menjangkakan kehadiran 10,000 para peserta.

Hindraf merancang untuk berhimpuan di luar bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pagi ini untuk menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth ll untuk mendapatkan sokongan baginda terhadap saman yang difailkan oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.

Dalam samannya itu, Waythamoorthy menamakan kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.

Beliau menuntut AS$4 trillion (RM14 trillion) - atau AS$1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Dalam pada itu akhbar hari ini juga melaporkan amaran Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kepada orang ramai yang menyertai perhimpunan haram di ibu negara esok tentang risiko akibat perbuatan mereka, termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak polis adalah menyalahi undang-undang negara dan mereka yang terbabit boleh didakwa di mahkamah.

Labels: , ,

0 Responses to “Himpunan Hindraf - Tembakan gas pemedih mata mula dilepaskan”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health