TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Lawat TV Pas - Live Streaming Tanpa Henti

Live TV Streaming tanpa henti di tvPAS.com@RHAEN


PENGUMUMAN KEPADA SEMUA.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh,

Kini tvPAS.com sudah menjangkau setahun kewujudannya di alam maya. Sejak penubuhannya, tvPAS menggunakan "video on demand' kepada pelayar-pelayarnya, iaitu melihat berita satu persatu apabila klik kepada tajuk berita video yang ingin dilihat.

Sejak itu, tvPAS mendapat respon pelbagai pihak supaya, tvPAS dijadikan seperti tv lain iaitu memaparkan video tanpa klik kepada sesuatu berita yang ingin dilihat.

Oleh sebab itu, kini tvPAS telah mula memperkenalkan tv yang dimaksudkan itu. Sekarang, apabila saudara-saudari membuka laman tvPAS.com, anda hanya tunggu 'Main Window' memaparkan secara automatik kompilasi berita-berita terkini, lagu, ucapan pemimpin dan lain-lain di tvPAS. Apabila tamat sesuatu paparan pertama, 'Main Window' akan memaparkan pula berita atau kompilasi lagu dan ucapan dalam tvPAS.com tanpa mengira masa.

Apabila anda masih ingin melihat berita melalui 'video on demand', sesuatu berita yang dipilih itu akan berakhir seperti biasa, apabila berakhir anda dinasihatkan supaya balik ke 'laman utama' untuk melihat kompilasi berita tanpa henti di tvPAS.com

Pada waktu pejabat pula, iaitu bermula jam 10 pagi hingga 4 petang, 'Main Window' berkenaan akan memaparkan pula kompilasi berita, lagu, ucapan pemimpin, forum, minda pemimpin, majalah kita dan lain-lain.

Diharap perubahan ini, dapat merealisasikan penonton tvPAS.com yang selama ini mahu menayangkan live streaming ini di projektor-projektor ceramah di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

NAZRAN FAHMI.
(http://www.tvpas.com)

Labels: , ,

0 Responses to “Lawat TV Pas - Live Streaming Tanpa Henti”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health