TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Saya buka 25 jam sehari untuk BPR menyiasat - TG Nik Aziz

'Saya buka peluang 25 jam sehari untuk siasatan BPR'

aKOTA BARU, 21 Ogos - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan negeri, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Saya buka peluang 25 jam sehari kepada BPR, mereka nak datang untuk siasat, datanglah. Ada tak ada kes penyelewangan, hanya Tuhan yang tahu, kalau BPR nak siasat, siasatlah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat AKSB berhubung penyelewengan dalam projek membaik pulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan berharga RM600 juta.

Menurut laporan yang memetik sumber itu, BPR telah menghantar sepasukan pegawainya ke Kelantan untuk menyiasat perkara itu dan mendapati ada asas untuk siasatan terperinci dijalankan.

Pegawai-pegawai BPR itu juga dilaporkan membuat semakan di Pejabat Kewangan Negeri yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran untuk projek itu.

Nik Abdul Aziz juga berkata beliau tidak bercadang meminta laporan daripada AKSB mengenai dakwaan berkenaan.

Mengulas isu yang sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa, berkata Barisan Nasional telah beberapa kali cuba membawa isu itu ke pengetahuan Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi dihalang oleh kerajaan PAS Kelantan.

"Kita telah menggunakan saluran yang betul secara profesional iaitu sidang Dewan Undangan Negeri tetapi ditutup rapat oleh kerajaan dan ruang perbincangan mengenainya juga tidak pernah diberi," katanya kepada Bernama.

Annuar berharap semua pihak memberi kerjasama kepada BPR dalam siasatan itu supaya apa yang berlaku dalam AKSB diketahui umum. mStarOnline

Lihat Juga Isu siasat AKSB lebih bermotifkan politik - MB

Labels: , ,

0 Responses to “Saya buka 25 jam sehari untuk BPR menyiasat - TG Nik Aziz”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health