TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Najib enggan ulas isu Altantuya

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan saksi mengenai gambar beliau (Najib) yang dikaitkan dengan perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana boleh dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah atau sub judice.

Setiausaha akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata bagaimanapun Najib tetap berpegang kepada kenyataannya yang dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa beliau tidak pernah berjumpa atau mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes itu.

"Saya ingin menjelaskan Timbalan Perdana Menteri telah beberapa kali semasa ditemubual oleh media sebelum ini dan semasa pilihan raya di Ijok mengatakan bahawa dia tidak pernah berjumpa, mengenali mangsa dan tidak terbabit dalam kes ini.

"Oleh itu, isu gambar tersebut tidak berbangkit". Lagi di mStarOnline

Labels: , ,

0 Responses to “Najib enggan ulas isu Altantuya”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health