TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


SMART Tunnel - Mana yang betul ni?

Pening selepas banjir kilat di KL Ahad lepas!

TheStarOnline melaporkan:

DID: SMART would have averted floods

KUALA LUMPUR, Jun 12 - Had it been ready, the RM1.9bil Stormwater Management and Road Tunnel Project (SMART) would have prevented Sunday’s floods that inundated the city centre.

Drainage and Irrigation Department deputy director Ahmad Fuad said the floods around Dataran Merdeka and Masid Jamek were caused by Sungai Kelang bursting its banks at the confluence of Sungai Gombak.

“A storm which causes the river to overflow – that is exactly what the SMART flood tunnel is being built to overcome,” he said at a press conference organised by Kuala Lumpur City Hall here yesterday.

Ahmad said had the tunnel been operational, it would have been used to divert 95% of the water in Sungai Kelang to a lake in Sungai Besi and prevented the flood.

Manakala UtusanOnline melaporkan:

Jangan harapkan SMART - Terowong dwifungsi itu tidak dapat atasi sepenuhnya banjir di KL

KUALA LUMPUR 11 Jun – Kejadian banjir kilat seperti yang melanda ibu negara malam tadi tidak dapat diatasi sepenuhnya walaupun projek Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) di sini yang dibina dengan kos RM1.9 bilion mula berfungsi Julai ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah berkata, projek SMART hanya mengalirkan air banjir dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong untuk disimpan di kolam khas, tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah lebihan air ketika hujan lebat di Sungai Gombak.

Katanya, untuk mengatasi secara komprehensif masalah banjir di bandar raya Kuala Lumpur, projek kawalan banjir yang menyeluruh sebagaimana yang dirancang di bawah Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang perlu dilaksanakan bersama.

‘‘Projek-projek tersebut telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan ia dijangka siap satu persatu antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009.

‘‘Bagaimanapun, berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, JPS akan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Dalam reaksinya terhadap kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur malam tadi yang menimbulkan kemarahan warga kota, Keizrul membetulkan tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat projek terowong SMART berharga RM1.9 bilion sepatutnya dapat memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di ibu negara.

Labels: , ,

2 Responses to “SMART Tunnel - Mana yang betul ni?”

  1. # Anonymous Anonymous

    I know this is not always but when it comes rasa macam nak marah jugak. Sebab menyebab kan harta benda rosak especially kereta baru beli. Jangan kata kajian dibuat terperinci kalau ianya sekadar kaedah biasa - Its time for us Malaysian to get something extra luar biasa coz the cost for recovering is more than that if it happened again. Takkan tak de penyelesaian - its expensive anyway.Selalunya barang mahal berkualiti dan bagus.  

  2. # Anonymous Anonymous

    Agree. tapi takkan that SMART is not Smart enough to do their work or another words not well operated. This will not happened at other country but why here. Was that because we not work as we suppose or not smart enough to be SMART. Thinking of the technology is almost there - mybe our water is too much kottt  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health