TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Golongan muda Kelantan perlu tolak Pas - Khairy

Jaguh Mat Rempit ..

KOTA BHARU, 20 Mei – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengajak golongan muda di negeri ini menolak Pas pada pilihan raya umum akan datang ekoran kegagalan parti itu mewujudkan peluang ekonomi sepanjang 17 tahun memerintah Kelantan.

Beliau berkata, Pas sebaliknya lebih banyak memberikan peluang ekonomi kepada warga asing dan bukannya rakyat negeri ini seperti yang berlaku di kawasan tanah tinggi Lojing.

Menurut Khairy, tiga konsesi balak di kawasan itu diberikan kepada rakyat Singapura.

Katanya, isu kegagalan Pas menguruskan kerajaan negeri dengan baik akan diberi penekanan oleh UMNO kepada para pengundi muda supaya mereka dapat membuat satu ketetapan bagi menentukan masa depan Kelantan.

‘‘Jangan bagi lagi undi kepada kerajaan yang sanggup menggadaikan masa depan dan khazanah alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari di rumah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di sini hari ini.

Beliau juga menambah, kerajaan negeri Kelantan gagal menjelaskan isu Lojing kepada rakyat secara yang memuaskan.

Katanya, tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih membisu dalam isu itu turut dikesali.

Khairy berkata, Nik Aziz sebaliknya menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa untuk menjawab isu Lojing.

‘‘Apa kena-mengena Husam dengan kes ini? Mana Menteri Besar, mana Timbalan Menteri Besar? Exco Alam Sekitar sendiri tidak berkata apa-apa. Kenapa Husam yang bercakap semua ini, adakah dia kawal negeri? lagi di UtusanOnline.

Labels: , ,

1 Responses to “Golongan muda Kelantan perlu tolak Pas - Khairy”

  1. # Anonymous Anonymous

    khairi sepatutnya bersikap lebih terbuka memandangkan beliu seorang graduan oxford katanya.selesaikan dulu masalah puluahan ribu siswazah yang menganggur sediakan peluang pekerjaan pada siswazah yang menganggur.mengikut kelulusan masing masing.pada saya tidak ada sebab mengapa perlu golongan muda menolak pas.kita semua tahu dasar pas ialah quran dan assunnah pas akan melaksanakan hudud sekiranya di beri mandat 2/3 dalam parlimen malaysia,soal perlembagaam boleh di ubah bila bila masa.contohnya 18 tahun pas memerintah di kelantan banyak kebajikkan yang di hulurkan pada rakyat.walaupun sedikit tetapi semua rakyat boleh merasainya.pembangunan juga tak kurang hebat bak kata mbnya berjimat jgn sampai kedekut boros jgnsampai membazir.golongan muda yang cintakan keadilan dan keamanan wajib menyokong sesebuah kerajaan yang berlandaskan quran dan hadis.golong muda sekarang ini lebih bijak dari pada dulu lebih lebih lagi mereka yang celik it dan berpengetahuan agama.  

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health