TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


Konsert AF5 ditunda hormati Maulidur Rasul

Dalam negara Malaysia Boleh, semua boleh!

KUALA LUMPUR 27 Mac – Konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 5 (AF5) yang sepatutnya diadakan pada 31 Mac ini ditunda ke keesokan harinya bagi menghormati sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada tarikh tersebut.

Konsert mingguan program hiburan terbitan Astro Ria itu biasanya diadakan pada setiap Sabtu pukul 8.30 malam hingga 12 malam.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata, pertukaran tarikh siaran itu diputuskan selepas pihaknya mengambil kira sensitiviti para penonton yang beragama Islam.

“Konsert minggu ketiga AF5 akan diadakan pada 1 April ini selama tiga jam mulai pukul 1.30 petang.

“Sehari sebelum konsert itu iaitu dari pukul 9 malam hingga 10 malam, kita akan adakan Diari Khas AF5 melalui Astro Ria,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. UtusanOnline

Labels: ,

0 Responses to “Konsert AF5 ditunda hormati Maulidur Rasul”

Post a Comment




XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health