TASEK PAUH blogspot

Pembersihan Aqidah Pemurnian Ibadah (PAPI) bersama Us TUAN MOHD SAPUAN TUAN ISMAIL.


TV3 Sensasi tak dibenar siaran langsung ekoran isu Rosnah Mat Aris

Cukupkah dengan hanya meng'haram'kan TV3 menyiarkan rancangan secara 'live'?

'Sensasi' TV3 diharamkan akibat ucapan Rosnah
23-02-2007 11:45:03 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD. mStarOnline

PETALING JAYA: Siaran langsung rancangan hiburan 'Sensasi' TV3 ditarik balik serta-merta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) susulan kontroversi ucapan artis Rosnah Mat Aris yang disifatkan mengguris perasaan umat Islam.

Dalam siasatannya, suruhanjaya itu mendapati slot itu pada 30 Jan lalu "tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda seperti mana dalam Syarat 3.1 & 5.5 (i)" dan stesen TV swasta itu didapati "gagal mengambil langkah menyunting atau mengawal kandungan yang tidak sesuai."

"Dengan ini pihak TV3 telah diminta untuk menghentikan siaran langsung rancangan tersebut dengan segera," kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua komunikasi korporatnya Adelina Iskandar berkata keseluruhan program 'Sensasi' seharusnya "menyumbang kepada aspirasi nasional dan tidak menyinggung sensitiviti serta nilai-nilai murni masyarakat."

Jika TV3 berminat menerbitkan siaran tersebut secara pra-rakaman, stesen itu haruslah mematuhi prosedur lazim yakni mendapatkan kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF), tambahnya.


Foto skrin artis Rosnah sewaktu bercakap dalam 'Sensasi' yang menimbulkan kontroversi. Klip video slot ini beredar luas di internet.

Adelina menjelaskan, menjaga sensitiviti masyarakat dinyatakan dalam Syarat Khas Lesen berhubung kandungan yang dilarang, Kod Kandungan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rancangan yang dihoskan oleh Awal Ashari, bersama seorang lagi artis Intan Azura, disiarkan setiap Selasa pada pukul 11 malam selama satu jam.

Program berformatkan siaran langsung dengan ahli-ahli panel undangan di kalangan penggiat seni membincangkan isu-isu sensasi.

Rosnah dalam satu slot 'Sensasi' hujung bulan lepas dilaporkan mengaitkan gosip ke atasnya dengan status usia Siti Khadijah, isteri Muhammad yang pertama, ketika menjawab satu soalan.

Rosnah ditanya oleh Awal mengenai kegemarannya terhadap lelaki muda untuk dijadikan "anak ikan", atau teman lelaki remaja.

"Zaman nabi (Muhammad) bercinta dan kahwin dengan Khadijah dulu, umur Nabi berapa? Berapa umur Siti Khadijah?" soalnya.

Selepas mendengar reaksi penonton di studio, artis berpengalaman dan popular itu berkata: "Tua ke muda tu? Dah nak mampus ke tidak tu?"

Kenyataan ringkasnya itu menimbulkan kontroversi besar sehingga menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu meneliti rakaman program tersebut untuk tindakan lanjut.

Pembaca-pembaca juga menghantar surat menyatakan kekesalan terhadap kenyataan tersebut.

SKMM, dalam kenyataannya, menyebut rancangan langsung yang semakin meningkat popular itu ditarik balik mulai 16 Feb dan ia tidak ditayangkan lagi Selasa minggu ini.

Pengurus besar hiburan TV3 Azhar Borhan semalam dilaporkan berkata 'Sensasi' tidak diharamkan tetapi rancangan itu akan dibuat secara rakaman mulai sekarang.

"Keputusan untuk menjadikan Sensasi program pra-rakaman diambil oleh pihak dalaman," beliau dipetik sebagai berkata.

"Selepas menerima maklum balas, kami kini menumpukan soal kawalan kualiti."

Azhar juga berkata siaran langsung tidak perlu ditapis tetapi isu-isu yang dibangkitkan dalam 'Sensasi' memudahkan ahli panel teruja.

"Oleh itu kami fikir perlu lebih kawalan," tambahnya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Lihat komen menarik dari Screenshots

Labels: , ,





XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 TASEK PAUH blogspot | Blogger Templates by GeckoandFly.
Any part of the content or this blog can be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health